~waktu rehat~
Mak bekalkan aku mee sanggul.Urm..dah tentu sedap tapi tertinggal di rumah.tak apalah bukannya rajin nak makan pun. waktu rehat selalunya aku dengan kengkawan habiskan masa berbual..dari topik kesihatan ke topik artis dan ke topik aktiviti dan........mungkin sepuluh peratus topik tentang pelajaran.
........................................................
LUMRAH remaja
mempunyai banyak keinginan
keinginan mencuba sesuatu yang baru
terhadap sesuatu yang kadangkala tidak dapat dipenuhi
memikirkan fizikal mereka seperti orang dewasa
dan meniru untuk bertindak seperti orang dewasa.
membuat sesuatu menurut kata hati
hidup remaja bukan semudah yang di sangka

~ pagi ~
Seperti biasa, tiga sekawan seiring berbasikal terus menuju ke sekolah.
Didalam bilik makmal, aku, fadilah, hawa, farah kena marah cikgu sains. Puan Rozita.

Uih..sakitnya ..itulah akibatnya tak buat 'homework'. satu geng kena cubit.
Kelas 4D.. meningkat remaja maka besarlah kepala kami di sekolah.
......................................................................................................
"Astaghfirullah al azim..apahal kamu ni makan pasir".baru balik sekolah dah nak kena tempik dua orang adik aku yang kecil ni.
"Maakk!". Mana emak ni.
Oh tengah masak. Nak buat macammana...dah gerabaknya ramai. Tak terlayan juga mak.

"Ha..sudah! sudah!..masuk bilik air...mandi." Arahanku.
...................................................................
~Petang itu..~
"haii.. sampai ke nak sidai kain tu? tinggi talinya. Marilah saya tolong".

Pergh!!..nak sidai kain pun tak senang.
....................................................................
Vroommmm........tottotototttttt......peh peh....vrooommm.....
Pepagi dah bingit telinga aku dengan vespa hijau kesayangan abah.Argh....kuatnya bunyi . Sabar jiranku pakcik aini anak beranak.
..........................................
Angka 90 hari sikit pun tidak menggoyah jantungku.Angka yang sentiasa berubah tertulis di blackboard kelas 5D.
90 hari peperiksaan SPM.
Subjek matematik semakin hari semakin memeningkan kepala.topik yang lepas pun masih tak dapat tangkap lagi dah nak masuk topik baru.
Agama islam, lukisan, Bahasa melayu..tak payah nak ulangkaji.dah tertanam dalam otak serebrum aku.









No comments:

Post a Comment