di satu sudut...



terima kasih atas segalanya


kita merangka satu impian
mendambakan kemanisan setiap cerita
manisnya kenangan yang pertama kali
walaupun tiada istilah memadu cinta
hanya angan angan...
Anis mengayuh basikal menuju ke rumah guru tuisyen yang jaraknya 2km dari rumah.sampainya di sana cikgu ali sudah menunggu di beranda depan rumahnya.anis tersenyum.

”Assalamualaikum cikgu”.Memang cikgu Ali begitu menantikan kehadiran anak muridnya itu. Sambil membalas senyum , cikgu Ali menjawab”Waalaikumsalam “. Ini ada mee rebus Anis bekalkan dari rumah.rasalah, tak sedap sangat anis bukannya pandai masak.”Anis tergelak kecil.

Petang itu banyak persoalan matematik yang Anis tak faham telah di rungkaikan cikgu Ali.

REALITINYA

Di sini kita berpijak nyata,
di sini kita menjunjung setia,
setiap titian,
yang menghimpunkan....
sejuta nikmat.

Perjalanan itu,
ibarat melalui peniti....
melintasi keseluruh aliran-aliran,
ia halus sangat kepayahan.
Bangkitlah perasaan di jiwa kita,
tidak kita tersingkir,
dari titian sebenar makna.

Kerana di hentian sementara ini,
kita yang melagukan..

..................................................

Abah naik vespa ikut aku dari belakang dan aku kayuh basikal choper biru.
alamak...berdebar hati aku ni.
Ermm....dah sampai dah

"letak basikal kat dalam".kata abah
"ye lah." Suara aku tersekat-sekat.
"orang dah beratur tu.pergi lekas abah tunggu kamu di sini"

"Adik, dari sekolah mana?."seorang prefect perempuan berbangsa cina menegur aku.
"Tualang sekah".aku menjawab
aku lihat prefect tu terkedu.
"tualang sekah tu di mana ye".prefect itu menanyakan pada kawannya yang juga prefect.
"adik sekolah di mana dulu?"lagi sekali soalan yang sama dari orang yang berbeza.
"tualang sekah".jawapan aku pun sama macam tadi.

Aku pun di beri tempat dalam barisan. Semuanya aku tak mengenali.Macammana aku nak kenal aku baru sahaja berpindah kesini.
..........................................................................
Satu langkah mereka, dua langkah aku...Nak buat macammana aku tergolong dalam insan yang kiut dan mereka berbangsa india, spesis kaki panjang.

Kelas
1k1
letaklah mana-mana pun, aku tak kisah.sarwani, geetha, kamala..itulah kawan pertama aku.
Dari 1k1 aku melangkah 2k2...dan terus melangkah..

"kenapa kamu ni, karangan yang kamu buat, langsung cikgu tak faham."Berkerut dahi cikgu bahasa melayuku.
"kamu ada masaalah ke?."
~Aku hanya mampu sedekahkan senyum kambing sahaja~.


~waktu rehat~
Mak bekalkan aku mee sanggul.Urm..dah tentu sedap tapi tertinggal di rumah.tak apalah bukannya rajin nak makan pun. waktu rehat selalunya aku dengan kengkawan habiskan masa berbual..dari topik kesihatan ke topik artis dan ke topik aktiviti dan........mungkin sepuluh peratus topik tentang pelajaran.
........................................................
LUMRAH remaja
mempunyai banyak keinginan
keinginan mencuba sesuatu yang baru
terhadap sesuatu yang kadangkala tidak dapat dipenuhi
memikirkan fizikal mereka seperti orang dewasa
dan meniru untuk bertindak seperti orang dewasa.
membuat sesuatu menurut kata hati
hidup remaja bukan semudah yang di sangka

~ pagi ~
Seperti biasa, tiga sekawan seiring berbasikal terus menuju ke sekolah.
Didalam bilik makmal, aku, fadilah, hawa, farah kena marah cikgu sains. Puan Rozita.

Uih..sakitnya ..itulah akibatnya tak buat 'homework'. satu geng kena cubit.
Kelas 4D.. meningkat remaja maka besarlah kepala kami di sekolah.
......................................................................................................
"Astaghfirullah al azim..apahal kamu ni makan pasir".baru balik sekolah dah nak kena tempik dua orang adik aku yang kecil ni.
"Maakk!". Mana emak ni.
Oh tengah masak. Nak buat macammana...dah gerabaknya ramai. Tak terlayan juga mak.

"Ha..sudah! sudah!..masuk bilik air...mandi." Arahanku.
...................................................................
~Petang itu..~
"haii.. sampai ke nak sidai kain tu? tinggi talinya. Marilah saya tolong".

Pergh!!..nak sidai kain pun tak senang.
....................................................................
Vroommmm........tottotototttttt......peh peh....vrooommm.....
Pepagi dah bingit telinga aku dengan vespa hijau kesayangan abah.Argh....kuatnya bunyi . Sabar jiranku pakcik aini anak beranak.
..........................................
Angka 90 hari sikit pun tidak menggoyah jantungku.Angka yang sentiasa berubah tertulis di blackboard kelas 5D.
90 hari peperiksaan SPM.
Subjek matematik semakin hari semakin memeningkan kepala.topik yang lepas pun masih tak dapat tangkap lagi dah nak masuk topik baru.
Agama islam, lukisan, Bahasa melayu..tak payah nak ulangkaji.dah tertanam dalam otak serebrum aku.